Selasa, 4 Oktober 2016

SEJARAH KAMPUNG TELUK KERANG

Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia yang terletak 62 kilometer dari Pusat Bandaraya Johor Bahru, ibu negeri Johor. Ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Pontian diduduki oleh kaum Melayu yang berketurunan suku Melayu, Bugis dan Jawa. Melayu dan Bugis di kawasan pesisiran manakala Jawa di kawasan pedalaman. Kebanyakan Cina di Pontian adalah berketurunan Teochew. Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’.
Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar iaitu tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi bandar utama bagi daerah Pontian.
Kampung Teluk Kerang bermula sejak tahun 1864 dengan penghijrahan sekumpulan tujuh orang penduduk dari Sumatera, Indonesia yang diketuai oleh Haji Ibrahim. Beliau telah memilih kawasan satu kilometer dari telok untuk dijadikan kawasan penempatan yang baru dan menamakan kawasan tersebut dengan nama Kampung Lama. Di kampung itulah beliau menjadi ketua dan setelah kampung lama dibuka, ramai penduduk tempatan mula berhijrah ke kawasan ini.

            Kawasan ini mempunyai pantai bertelok yang menghadap ke Selat Melaka. Terdapat banyak kerang membiak dan ini menyebabkan kawasan tersebut terkenal dengan kerangnya sehingga akhirnya kampung ini dinamakan Teluk Kerang. Seterusnya, beberapa kampung lain yang berhampiran Kampung Teluk Kerang turut dibuka sebagai penempatan baru seperti kampung Parit Wer dan Kampung Parit Sulaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan